GAYA PENGAJARAN

SHENDAH JAHAN (D20191088740)


DEFINISI

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, gaya bermaksud cara atau kelakuan. Gaya bermaksud stail atau cara. Maka gaya pembelajaran seseorang merujuk kepada stail atau cara pembelajarannya. Di bawah konteks psikologi pendidikan, gaya pembelajaran ialah cara seseorang pelajar memberi tumpuan dan tindakan untuk memproses maklumat untuk membentuk konsep dan prinsip. Peterson (1971) mentakrifkan gaya pembelajaran sebagai pendekatan yang digemari oleh seseorang pelajar. Dunn dan Dunn (1978), dalam buku Teaching Students Through Their Indivudial Learning Styles: A Practical Approach, merujuk gaya pembelajaran sebagai cara seseorang individu menumpukan perhatiannya untuk memahami dan mengingati sesuatu maklumat atau kemahiran baru.

Di dalam buku mereka Learning Style Inventory Development and Research (1982), Dunn dan Dunn menghuraikan gaya pembelajaran sebagai cara bagaimana unsur-unsur daripada lima rangsangan , iaitu persekitaran, emosi, sosial, fisiologi dan psikologi, dapat mempengaruhi keupayaan seseorang individu untuk memahami, berinteraksi dan bertindak balas kepada persekitaran pembelajarannya. Gregorc (1979) mentakrifkaan gaya pembelajaran sebagai tingkah laku yang dimanifestasikan oleh seseorang individu apabila menggunakan mindanya berinteraksi dengan persekitaran, kemudian mengumpul dan memproses maklumat daripadanya. Garger (1985) menyatakan setiap orang dilahirkan dengan gaya pembelajaran yang tersendiri. Warisan baka dan persekitaran memainkan peranan yang penting dalam pembentukan gaya pembelajaran seseorang. Slavin (1994) mengaitkan personaliti dengan gaya pembelajaran dan menyatakan: “Sebagaimana pelajar-pelajar mempunyai personaliti yang berbeza-beza, sama-sama juga mereka mempunyai pelbagai cara belajar.”

Kesimpulannya gaya pembelajaran merupakan stail atau cara belajar seseorang individu yang bertindak dengan persekitarannya supaya memproses, mentafsir dan memperoleh maklumat, ilmu pengetahuan atau kemahiran yang diingini. Gaya pembelajaran adalah hasil gabungan faktor-faktor individu sendiri seperti jantina, umur dan personaliti, di samping pengaruh-pengaruh warisan baka dan persekitaran, iaitu pengaruh daripada cara pengasuhan ibu bapa, budaya komuniti dan sekolah.

 

 

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI GAYA PEMBELAJARAN

Dunn dan Dunn (1982) telah menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang. Di antara lima faktor ini ialah persekitaran, emosi, sosial, fisiologi dan psikologi. Unsur-unsur daripada lima rangsangan ini merupakan faktor-faktor penting yang memainkan peranan dalam pembentukan pelbagai jenis gaya pembelajaran pelajar.

 

ü  Rangsangan Persekitaran

Rangsangan persekitaran merangkumi empat unsur yang utama, iaitu cahaya, bunyi, suhu, dan reka bentuk tempat belajar.

ü  Rangsangan Emosi

Emosi berkaitan rapat dengan perasaan jiwa seseorang. Unsur-unsur emosi merangkumi motivasi, keazaman, sikap tanggungjawab dan struktur.

ü  Rangsangan Sosial

Belajar sendiri, belajar dengan pasangan karib, belajar berkumpulan, dan belajar dengan orang dewasa.

ü  Rangsangan Fisiologi

Persepsi, pemakanan, waktu belajar dan mobiliti.

ü  Rangsangan Psikologi

Rangsangan psikologi merangkumi unsur-unsur analitik atau global, gerak hati, refleksi dan pemprosesan otak kiri atau otak kanan.

 

JENIS-JENIS GAYA PEMBELAJARAN

1.      Murnford dan Honey (1986)

Aktivis

Gaya pembelajaran aktivis adalah orang yang melibatkan diri secara aktif an agresif dalam aktiviti pembelajarannya. Pelajar yang tergolong dalam kumpulan ini biasanya melibatkan diri dalam latihan amali, permainan, sukan dan aktivti kokurikulum. Oleh itu, strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai digunakan ailah kaedah inkuiri penemuan, kaedah projek, penyelesaian masalah, kerja praktik, perbincangan, sumbangsaran, buzz, simulasi dan main peranan.

 

 Reflektif

Gaya pembelajaran reflektif ialah orang yang suka memerhati, memikir dan membuat refleksi kendiri terhadap apa yang dipersepsikan dalam alam sekitar. Mereka mempunyai idea sendiri, memerhati, menyoal siasat mentafsir, menilai serta membuat refleksi kendiri dengan kemahiran berfikir. Pelajar yang tergolong dalam kumpulan reflektif biasanya suka belajar mata pelajaran seperti Sejarah, bahasa dan suka melibatkan diri dalam aktiviti projek dan kajian luar. Olh itu, strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai digunakan untuk kumpulan pelajar ini ialah kaedah penyelesaian masalah, inkuiri-penemuan, projek dan perbincangan.

 

Teoris

Gaya pembelajaran teoris ialah orang yang gemar menggunakan prinsip dan teori untuk membuat kesimpulan sesuatu perkara. Golongan pelajar bersifat teoris ini biasanya suka belajar matematik, sains, logik, geografi dan sejarah. Oleh itu, strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai digunakan untuk mengajar mereka ialah kaedah induksi dan deduksi, bertukar pendapat melalui perbincangan dan mengumpul data untuk membuat analisis, tafsiran dan membuat rumusan melalui kaedah penyelidikan.

 

Pragmatis

Gaya pembelajaran pragmatis ialah pelajar yang bersifat praktikal dan mementingkan hakikat yang sebenardaripada teori, hukum atau prinsip yang sedia ada. Mereka mengutamakan aplikasi teori, hukum dan prinsip sedia ada dalam situasi sebenar. Golongan pelajar di bawah gaya pembelajaran pragmatis menggunakan bahan-bahan konkrit untuk menjalankan aktviti pembelajaran. Oleh itu gaya pembelajaran yang sesuai digunakan untuk golongan pelajar ini ialah kaedah kerja praktik, strategi pemusatan bahan termasuk bahan elektronik, carta dan gambar rajah serta kaedah deduksi yang melibatkan aplikasinya.

2.      Gaya Pembelajaran Visual, Auditori, Kinestetik (VAK)

 

 Gaya Pembelajaran Visual

·         Murid belajar lebih baik dengan melihat sesuatu teks berbentuk perkataan dalam buku di papan hitam atau paparan komputer.

·         Mereka lebih mengingati dan memahami arahan dan penerangan menerusi pembacaan ayat atau teks berkenaan.

·         Murid “visual” tidak memerlukan penerangan lisan seperti “auditori” tetapi mereka selalunya dapat belajar melalui pembacaan.

·         Murid “visual” selalunya menulis nota syarahan dan arahan lisan jika mereka hendak mengingati sesuatu.

 

Gaya Pembelajaran Auditori

·         Murid auditori belajar dengan mendengar perkataan yang disebut dan juga arahan lisan.

·         Mereka boleh mengingati penerangan melalui bacaan kuat atau menggerakkan bibir ketika membaca terutama apabila mempelajari sesuatu yang baru.

·         Murid dapat mengukuhkan ingatan dengan mendengar semula rakaman pita audio, mengajar murid lain dan berbincang dengan guru.

 

Gaya Pembelajaran Kinestetik

·         Murid “kinestetik” belajar dengan baik melalui pengalaman dan mengambil bahagian secara fizikal dalam aktiviti bilik darjah.

·         Mereka dapat mengingati sesuatu dengan baik apabila mencuba terus melalui hands-on.

 

  Gaya Pembelajaran Bloom

  Kognitif adalah satu pengelasan yang menerangkan sesuatu perkara yang berkaitan dengan akal fikiran seperti contoh satu pengetahuan yang diketahui, dan kemudiannya pelajar dapat menterjemahkan dengan penghuraian dan kefahaman sendiri, mengaplikasikan pengetahuan, menganalisis dan boleh membentuk satu pengetahuan yang baru melalui sintesis dan akhirnya membuat penilaian.

 Efektif merupakan satu nilai dan perasaan. Ia boleh dijelaskan dengan konsep penerimaam rangsangan daripada penggunaan lima deria yang ada di dalam proses pembelajaran. Kemudian rangsangan ini akan memberikan satu reaksi dan tindak balas. Seterusnya akan menilai dan mengatur proses pembelajaran tersebut.

 Psikomotor merupakan satu kemahiran fizikal berlakunya pembiasan atau tingkahlaku peniruan bagi sesuatu kemajuan akan ditunjukkan. Kemahiran akan berkembang yang mana proses latihan akan dijalankan untuk membentuk satu habit. Apabila berlaku penyesuaian berlaku dan kemahiran telah dikuasai dan disesuaikan dengan situasi yang baru dan akhirnya akan berlaku naturalisasi yang mana latihan yang berterusan akan dilakukan bagi membina kemahiran yang jitu serta serta untuk mengekalkan kejituan.

 

 IMPLIKASI GAYA PEMBELAJARAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Implikasi gaya pembelajaran adalah satu kesan akibat daripada cara pengajaran guru di dalam proses pembelajaran. Umumnya, proses pengajaran perlulah seimbang dengan gaya semua pelajar kerana hampir keseluruhan individu pelajar itu mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza di antara satu dengan yang lain. Berikut merupakan implikasi gaya pembelajaran kepada P&P dari aspek:

 Kurikulum

·         Guru meletakkan dan menekankan intuisi, perasaan, sensing dan imaginasi utk mendorong murid menganalisis, memberikan alasan dan menyelesaikan mslh secara tersusun.

 

Bimbingan

·         Guru sepatutnya mereka satu bentuk bimbingan utk menghubungkan bentuk gaya pembeljaran dgn mengambil unsur pengalaman, refleksi, conceptualization dan ujikaji.

·         Guru blh mendedahkan murid dgn pelbagai unsur pglmn di dalam bilik darjah spt unsur bunyi, muzik, visual, pergerakan, perbualan dan percakapan.

 

Penilaian

·         guru sepatutnya melaksanakan pelbagai bentuk teknik penilaian yg memberikan fokus pada perkembangan thdp kapasiti otak secara keseluruhan yg ada kaitan dgn gaya pembelajaran.

 

Comments

Popular posts from this blog

Pentadbiran Kementerian Pendidikan Di Malaysia

Nota KPS3014

NOTA PENGURUSAN PEMBELAJARAN

KEPIMPINAN PENGAJARAN DAN KEPIMPINAN BILIK DARJAH

NOTA PENGURUSAN PEMBELAJARAN

ORGANISASI DAN KEPIMPINAN DI SEKOLAH