ORGANISASI DAN KEPIMPINAN DI SEKOLAH
AHMAD ASWAD BIN MOHD NOR
(D20191088904)
ORGANISASI
DAN KEPIMPINAN DI SEKOLAH
Rajah di atas menunjukkan contoh
struktur organisasi di sekolah.
Maksud organisasi
Organisasi bermaksud kesatuan (susunan dan sebagainya) yang
terdiri daripada bahagian-bahagian, orang dan lain-lain dalam sesuatu
pertubuhan, perkumpulan, perbadanan, untuk tujuan-tujuan tertentu seperti
kepentingan bersama dan sebagainya. Syed Ismail Syed Mustapa (2013) berpendapat
organisasi digunakan sebagai wadah dimana setiap kaki tangan berkumpul,
bekerjasama secara sistematik, berorganisasi, terpimpin dan terkendali dalam
memanfaatkan sumber yang digunakan secara efisen dan efektif untuk mencapai
tujuan organisasi. Kepimpinan merupakan kebolehan untuk mempengaruhi orang
bawahan kearah mencapai matlamat sesuatu organisasi. Menurut Northouse (2013),
kepimpinan ialah proses seseorang individu mempengaruhi sekumpulan individu
untuk mencapai matlamat yang sama.
Dari aspek organisasi, suatu badan yang dianggotai oleh
pelbagai individu dengan kelebihan pelbagai yang menjalankan tugas dan peranan
yang berbeza bagi mencapai matlamat yang sama. Seacara rumusnya, organisasi
merupakan sistem pendidikan negara bergantung kepada organisasi organisasi
sistem pendidikan itu sendiri. Antara organisasi penting yang bertujuan untuk
memastikan kemajuan dalam bidang pendidikan ialah organisasi sekolah. Contohnya
Organisasi dalam sesebuah sekolah yang terdiri daripada Pengetua sebagai Ketua
Pentadbir dan dibantu oleh beberapa Penolong Guru Kanan, guru-guru yang lain
serta staf sokongan.
Dari aspek kepimpinan pula adalah satu proses cubaan
mempengaruhi sesuatu kumpulan dalam situasi dan masa yang khusus yang dapat
merangsang ahli-ahli organisasi untuk berusaha dan bekerjasama secara rela hati
bagimencapai matlamat yang sama. Secara rumusnya, kepimpinan memeberi kepuasan
kepada pengikut, menghasilkan prestasi
kerja yang cemerlang serta dapat mengadakan perbincangan dan membuka peluang
kepada orang bawahan untuk mengemukakan idea-idea baru kepada sesuatu
perancangan yang dibuat merupakan langkah yang baik bagi pemimpin untuk
meningkatkan semangat kerja. Antara gaya kepimpinan ialah autokrasi. Contohnya
cara pengurusan atau pentadbiran yang bersifat tanpa soal yang mana pemimpin
mempunyai kuasa mutlak.
Konsep kepimpinan sekolah merupakan keupayaan mempengaruhi,
memotivasikan, mengubah sikap dan tingkah laku orang bawahan seperti guru-guru,
staf dan murid-murid supaya bersetuju melaksanakan program-program yang telah
dirancang bagi mencapai matlamat sekolah. Manakala organisasi sekolah adalah
sistem yang bergerak dan berperanan dalam merumuskan tujuan pendewasaan manusia
sebagai makhluk sosial agar mampu berinteraksi dengan lingkungan. Sikap
pemimpin akan mempengerahi budaya sesebuah sekolah. Pemimpin sekolah adalah
individu yang berperanguh dan penting sebagai pemimpin pengajaran yang berkesan
di sekolah.
Dalam aspek organisasi dan kepimpinan sesebuah sekolah,
setiap kakitangan mempunyai peranan masing-masing mengikut tugas atau jawatan
yang dipegang. Pengetua sebagai ketua pentadbir yang bertanggungjawab dalam
peningkatan kurikulum dan kokurikulum serta memastikan pelaksanaannya selaras
dengan dasar Kementerian Pelajaran, bertanggungjawab dalam hal pengurusan,
pentadbiran dan kewangan sekolah serta berperanan mewujudkan hubungan dua hala
dengan komuniti persekitaran ssekolah dan agensi-agensi luar. Guru Penolong Kanan pula memainkan peranan
membantu pengetua menyelia dan menilai proses pengajaran, menjalankan tugas
pengetua semasa ketiadaannya dan sebagainya. Selain itu, Peranan Guru Kanan
pula perlu memastikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, menjadi
penyelaras panitia bidang mata pelajarannya, mentadbir atau mengurus kurikulum
bidang mata pelajarannya serta memantau kemajuan staf akademik dan bukan
akademik dalam bidang mata pelajarannya. Begitu juga dengan guru-guru yang lain
yang mana mempunyai tugas sendiri yang perlu dilaksanakan.
Orang yang paling bertanggungjawab di sekolah adalah
pengetua dan disusuli dengan jawatan lain.
1. Peranan
dan Tanggungjawab Pengetua
Pentadbir di sesebuah sekolah dipegang oleh seorang guru
yang bergelar Pengetua atau Guru Besar yang dibantu oleh pembantu-pembantu
tadbir yang lain. Pengetua atau Guru Besar yang berperanan sebagai ketua dan
pengurus yang memegang setiap amanah yang dijalankan di sekolah. Sebagai salah
satu komponen dalam sekolah, mereka ini memegang dua peranan utama iaitu:
• Pentadbir
• Penyelia kakitangan di sekolah termasuk proses pengajaran
dan pembelajaran.
• Namun begitu, status pengetua adalah berbeza sama ada
pengetua di sekolah kerajaan atau sekolah swasta yang mana sekolah kerajaan
adalah di bawah pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia. Ketua esekutifnya
ialah pengetua dan semua aktiviti, sukatan pelajaran dan peruntukan sumber
kewangan, sumber manusia adalah tertakluk kepada arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia. Manakala sekolah swasta merujuk kepada sekolah menengah
sepenuh masa yang menyediakan pelajar-pelajar untuk menduduki peperiksaan awam
anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia. Sekolah ini adalah dimiliki, ditadbir
dan dibiayai sepenuhnya oleh pihak swasta dan berdaftar dengan Jabatan
Pendidikan Swasta Kementerian Pendidikan kawalan Akta Institusi Pendidikan
Swasta 1996. dan juga Pendaftar Perniagaan atau Pendaftar Syarikat. (Shahril
Marzuki, 1999). Perjalanan dan pengurusan sekolah ini adalah di bawah
• Tugas yang digalas adalah semua perkara yang berlaku di
sekolah. Secara keseluruhannya adalah berkaitan dengan perancangan, staf,
kurikulum, kaedah serta aktiviti kokurikulum. Pengetua adalah orang yang
bertanggungjawab mengatur perjalanan semua ini.
• P.C. Wren ada menyatakan bahawa
• “What the main spring is to the watch, the fly wheel to
the machine or the engine to the steamship, the headmaster to the school. The
character of the school reflects and proclaims the professional character of
the headmaster. He is the seal and the school is the wax. He is the organizer,
leader, governor, business director, coordinator, superintendent, example,
teacher, guide philosopher and friend”
• Seorang pengetua bukan sekadar pengetua semata-mata malah
menjadi semua pihak dalam mentafsir dan mencipta polimik dunia masa depan. Pada
hakikatnya, Pengetua bukannya sekadar kerjaya kehidupan tetapi mempunyai skop
yang lebih luas dan tidak membatasi kehidupan dunia semasa. Oleh yang demikian,
seorang pengetua seharusnya memahami dan mampu meneliti keadaan persekitaran
sekolah dan sostem sosial serta bagaimana ia digerakkan. Peranan dan
tanggungjawab yang digalas adalah besar dan meliputi perkara-perkara berikut:
• Pengawas Tugas
• Pengawasan ke atas arahan
• Bagi meningkatkan sesuatu kualiti organisasi, seorang
pengetua hendaklah sering melakukan pengawasan ke atas setiap kakitangan di
bawahnya termasuklah tugas-tugas pentadbiran serta proses pengajaran yang
dilakukan di dalam kelas. Tindakan yang boleh diambil bagi meningkatkan mutu
setiap perancangan adalah melalui perbincangan bersama, nasihat dan cadangan
yang membina dan menganalisis setiap perlaksanaan. Pengetua hendaklah
bekerjasama bersama-sama guru dalam meningkatkan suasana pengajaran.
• Mengawasi Kemajuan dan Penambahbaikan Kurikulum Sekolah:
• Reka bentuk kurikulum yang telah ditetapkan oleh pihak
bertanggungjawab, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mempunyai matlamat dan
objektif yang mampu memberi keuntungan kepada sesebuah organisasi. Walaupun
guru bertanggungjawab melaksanakan setiap rancangan yang telah direncanakan, ia
perlulah mendapat perhatian dan pengawasan daripada Pengetua bagi memastikan
ianya ditafsirkan secara efektif dan mencapai matlamat yang diharapkan.
• Mengawasi Kurikulum dan Aktiviti Kokurikulum:
• Aktiviti kurikulum adalah seperti garis panduan tugas,
peperiksaan dan penilaian, serta kokurikulum aktiviti seperti sukan dan
permainan, hobi, debat, kebudayaan, program khidmat masyarakat dan pertubuhan,
persatuan serta kelab. Pembahagian dan perlaksanaan aktiviti ini disekolah
adalah di bawah seliaan pengetua. Maka, pengetualah yang mampu membantu dan
menjana pertumbuhan metal, moral dan fizikal seorang manusia. Malah, di
peringkatkan pengetua menjadi seorang model yang menjadi rujukan dan contoh
terbaik.
• Pengawas di Asrama:
• Asrama sekolah memerlukan seorang pengawas atasan selain
daripada warden asrama itu sendiri. Tugas pengetua di sini adalah menjadi
seorang yang mampu mencipta suasana asrama seperti di rumah sendiri. Apa yang
perlu dilakukan adalah sentiasa peka dan melawat keadaan asrama dan meneliti
pengurusan asrama secara efisyen.
• Pegawai Tadbir:
• Menjadi seorang pegawai tadbir membahagikan tugas pengetua
kepada dua iaitu pengurusan dalaman dan luaran. Pengurusan luaran menghubungkan
pengetua dengan pihak berkuasa di luar seperti kerajaan, Pejabat Pelajaran
Daerah, Pejabat Pelajaran Negeri dan semua pertubuhan kerajaan mahupun bukan
kerajaan yang terlibat dengan pengurusan di sekolah. Pengurusan dalaman sekolah
hanya meliputi pejabat sekolah, pentadbiran kewangan dan perancangan sekolah.
• Hubungan Dengan Pihak Berkuasa Luar:
• Pendidikan sudah menjadi satu organisasi yang
bertanggungjawab kepada sesebuah negeri yang mana kerajaan telah menetapkan
polisi pendidikan, belanjawan pendidikan dan servis perkhidmatan yang boleh
diterima oleh seorang guru. Pengetua seharusnya peka dengan perubahan dan
pembangunan yang dilaksanakan pada peringkat kerajaan.
• Hubungan Dengan Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat
Pelajaran Daerah:
• Pengetua merupakan salah seorang daripada sekreteriat
pendidikan dalam satu-satu negeri atau daerah. Badan ini lah yang mempunyai
kuasa dalam penetapan beberapa aspek dalam perlaksaan pendidikan di peringkat
negeri seperti kemasukan, pengeluaran, kehadiran, hari persekolahan,
peraturan-peraturan dan sebagainya.
• Hubungan dengan Pertubuhan Penduduk:
• Setiap kawasan akan mempunyai pertubuhan penduduk
tersendiri seperti Rukun Tetangga. Pertubuhan ini merupakan pertubuhan yang
berkuasa ke atas sistem pendidikan yang mereka kehendaki dan selaras dengan
keadaan setempat. Bagi memastikan setiap tindakan berjalan dengan lancar,
seorang pengetua perlulah mendapat mandat atau bekerjasama dalam setiap urusan
yang melibatkan pengetahuan dan tindakan penduduk setempat.
• Pengetua Sebagai Seorang Guru
• Pengetua juga adalah tenaga pengajar yang merangkap ketua
tenaga pelajar di sekolah. Pada asasnya, beliau juga seorang guru. Jadi, beliau
juga tidak boleh lari daripada tugas mengajar. Fungsi beliau adalah untuk
memberi panduan pendidikan, teknik pengajaran, pendekatan-pendekatan baru dan
menukar strategi lama kepada strategi baru. Pendekatan yang diberikan kepada
seorang pengetua adalah istimewa di mana beliau tidak akan mengajar dalam masa
pengajaran yang banyak kerana peruntukan masa banyak dihabiskan untuk
pengurusan.
• Pengurusan-pengurusan Sekolah yang Lain:
• Pengetua juga perlu menyelia pelbagai pengurusan harian
selain daripada tugas pengajaran seperti kemudahan fizikal dan infrastruktur,
pemuliharaan dan pembaikan, penggunaan dan pemanfaatan sumber dan
pengoperasian. Pengetua hendaklah melihat setiap peralatan yang diperlukan
adalah mencukupi dan bersesuaian dengan pengguna yang menggunakannya. Bagi
setiap tindakan ini, satu jawatankuasa kecil boleh ditubuhkan bagi menyelia
semua peralatan dan menyemak senarai keluar masuk barang serta mengurus
perbelanjaan peralatan.
• Organisasi di Pejabat
• Sebagai seorang pentadbir, pengetua juga tidak terlepas
daripad tugas-tugas di pejabat seperti pendaftaran pelajar, guru serta staff
sokongan, surat-menyurat, merekod dan mengemaskini akaun. Beliau juga perlu
memastikan pengurusan pejabat berjalan dengan lancar dan mengelak berlakunya
penyelewengan dan ketidakcekapan
2. Penolong
Kanan 1 (Pentadbiran)
Guru Penolong Kanan 1 bertanggungjawab kepada Guru Besar
untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dengan itu, Guru Penolong
Kanan 1 bertanggungjawab bagi melicinkan pentadbiran, mempertingkatkan prestasi
pengajaran guru dan pembelajaran murid serta menyediakan khidmat bantu
secukupnya supaya matlamat Dasar Pendidikan tercapai.
· Bidang
Tugas
· Menjalankan
tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar/ Pengetua.
· Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru
Besar/ Pengetua.
· 3)
Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam hal kurikulum, pentadbiran dan
pengurusan guru dan kakitangan bukan guru.
· 4)
Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah
termasuk yang mempunyai sidang petang.
· 5)
Membantu Guru Besar menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran di
sekolah.
· Senarai
Tugas
· Kurikulum
· Menentukan pelaksanaan Kursus Pengajian.
· Menentukan
Rancangan Pelajaran Harian, Mingguan, Penggal dan lain-lain.
· Memastikan perjalanan Panitia-panitia mata pelajaran.
· Membantu di dalam pengurusan penyediaan peralatan teknologi pendidikan dan
pusat sumber.
· Menentukan penggunaan dan penyenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan.
· Membantu serta membimbing dalam latihan mengajar bagi guru-guru pelatih,
guru-guru yang baru mengajar di dalam menjalankan tugas-tugas harian mereka.
· Menentukan program TV dan Radio Pendidikan diikuti dengan sebaik-baiknya.
· Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum serta
mencadangkan tindakan susulan.
· Membantu dalam merancang dan menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan ujian,
peperiksaan dan penilaian dan mencadangkan tindakan susulan.
· Menyelaras pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan bimbingan dan pemulihan.
· Menyelaras segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, Pejabat
Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pelajaran.
· Membantu dalam penentuan bahan Pusat Sumber dan lain-lain buku bacaan serta
kesesuaiannya.
· Menyusun Jadual Waktu Kelas dan Guru serta menyediakan Jadual Waktu Gantian.
Pentadbiran
· Membantu
menentukan beban tugas guru-guru dan kakitangan bukan guru.
· Membantu
menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru dan kakitangan
bukan guru.
· Membantu
menyelenggara dan menyelaras kutipan data/ maklumat dan perangkaan.
· Membantu
merancang, menyelaras dan melaksanakan Takwim Sekolah.
· Membantu
menyelia kerja-kerja kakitangan guru dan bukan guru.
· Membantu
menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah.
· Menyelaras
penyeliaan Penyata Kewangan untuk urusan audit sekolah.
· Menyelaras
semua jenis pungutan sekolah.
· Menjadi
ahli Lembaga Tatatertib Sekolah.
· Menjadi
penandatangan kedua cek-cek sekolah.
· Mengurus
hal-hal bangunan, kawasan kemudahan fizikal dan keceriaan.
Kebersihan dan Keindahan Sekolah
· Membantu
di dalam merancang dan menyelia program bagi keindahan dan kebersihan sekolah.
Keselamatan
· Merancang
langkah-langkah keselamatan bersama dengan Guru Besar.
· Bersama-sama
dengan Guru Besar merancang dan melaksanakan Latihan Mencegah Kebakaran/
Latihan Kebakaran dan kegiatan-kegiatan seumpamanya.
Tugas-tugas lain
· Menganggotai
Jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh Guru Besar dari semasa ke
semasa.
· Melaksanakan
arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Guru Besar dari
semasa ke semasa.
3. Penolong
Kanan Kokurikulum
|
4. Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid (HEM)
Bidang Tugas
Menjalankan segala tugas dan tanggung jawab pentadbir
sekolah dengan ketiadaan pengetua@ Guru Besar dan juga Penolong Kanan
Pentadbiran@PK1.
- Mengajar
sebilangan waktu bagi mata pelajaran yang tertentu atau bidang
pengkhususan mengikut arahan Pengetua dari semasa ke semasa.
- Bertanggung
jawab kepada pengetua dalam soal-soal
Ko-kurikulum,Disiplin,bimbingan dan kaunseling.
- Memastikan
bahawa keselamatan para pelajar adalah terjamin dan diatur mengikut
prosedur dan peraturan.
- Menentukan
bahawa kebajikan,skim bantuan Buku-Buku Teks biasiswa dan bantuan kewangan
berjalan dengan lancar.
- Menentukan
kelancaran kerja-kerja penerbitan dan percetakan majalah, perayaan dan
kantin Sekolah berjalan dengan lancar.
- Membantu
Pengetua @ Guru Besar dalam menyelia dan menilai prestasi perkhidmatan
Guru dan kakitangan.
- Membantu
pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan Sekolah agar
perjalanannya menjadi lebih berkesan.
Senarai Tugas
Pentadbiran
- Mengurus dan mengemas semua Buku Rekod Pendaftaran Murid di Sekolahnya.
- Menyemak semua buku kedatangan harian pelajar sidang pagi dan petang dan memastikan bahawa butirannya adalah kemas kini.
- Mengurus kemasukan dan penempatan pelajar-pelajar @ Murid-murid baru ke kelas mereka dengan kerjasama guru-guru yang berkaitan.
- Mengurus pertukaran pelajar-pelajar ke Sekolah lain dengan mengisi dokumen dan borang-borang tertentu.
- menentukan bahawa butiran peribadi pelajar yang berhenti Sekolah dan bertukar ke Sekolah lain itu adalah lengkap dan kemas kini.
- Menguruskan surat akuan, sijil-sijil pelajar, pengesahan dan pengedaran sijil berhenti Sekolah.
- Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan Sekolah dengan kerjasama pengetua@GB,penolong kanan Pentadbir @PK1,Penyelia Petang dan pembantu Pentadbir Kanan Sekolah.
- Membantu dalam merancang dan penyediaan Takwim Sekolah dan dalam menentukan pelaksanaan Program aktiviti di sepanjang tahun.
Bidang tugas PKHEM bukan hanya tertakluk kepada beberapa
perkara yang telah Disebutkan diatas tetapi ia juga merangkumi bidang-bidang
Seperti:
- Bidang
Disiplin.
- Bidang
Bimbingan dan Kaunseling.
- Program
Perlindungan.
- Kesihatan.
- Skim
Pinjaman Bulu teks
- Biasiswa dan bantuan.
Ko-Kurikulum
- Sukan dan permainan
- Persatuan dan Kelab
- Pasukan
pakaian seragam
- Koperasi
dan simpanan pelajar
- Tugas
dan tanggung jawab lain.
Secara keseluruhannya,tugas PKHEM ini adalah menyeluruh
kerana ia melibatkan kebajikan dan keselesaan pelajar atau Murid-murid.Semua
aspek yang terkandung dalam Bidang Sekolah adalah melibatkan Pelajar atau
murid,oleh itu bidang tugas PKHEM berkesinambungan daripada tugas-tugas yang
dipegang oleh GB dan juga PK1.
5.PERANAN
KETUA PANITIA
Ketua Panitia adalah invididu yang dipilih untuk mengetuai
Panitia Subjek. Tanggungjawab ini sangat murni kerana ia menunjukkan
kepercayaan kepada seseorang untuk membangunkan subjek, prestasi akademik
subjek dan juga guru-guru subjek terlibat. Kebiasaannya, ketua panitia dipilih
daripada kalangan guru yang paling senior. Bagaimanapun keadaan ini semakin
berubah kerana ia tidak lagi bergantung kepada pengalaman mengajar semata-mata
tetapi lebih kepada pengurusan dan keperluan tugas seorang ketua panitia. Oleh
itu, semua orang masih mempunyai peluang sama rata untuk mengepalai pasukan
subjek sekolah.
Mari kita lihat secara umum tugas utama seorang ketua
panitia.
1. Menyelaras urusan kepanitian:
- Menguruskan
semua program-program panitia samada yang wajib mahupun tambahan.
Termasuklah program-program ko-akademik.
- Menguruskan
dan menyelia semua fail-fail dan dokumen berkaitan.
- Mengurus
kewangan yang diperuktukkan untuk panitia serta menguruskan inventori
barangan untuk subjek (Alat Bantu Mengajar, Bahan Bantu Mengajar dan Bahan
Bantu Belajar)
2. Menguruskan mesyuarat panitia:
- Mempengerusikan
mesyuarat panitia secara berkala.
- Membincangkan
sasaran untuk prestasi subjek.
- Membuat
analisis keputusan, post mortem dan merancang intervensi.
3. Membuat perancangan tahunan:
- Membuat
perancangan strategik, operasi dan sebagainya.
- Menguruskan
penyediaan RPT.
- Membuat
takwim semakan buku latihan.
- Membuat
sasaran pencapaian.
- Merancang
program akademik.
4. Melaksanakan tugas PdPc dan menjadi 'role
model':
- Ketua
panitia mempamerkan amalan PdPc terbaik bagi guru-guru bimbingannya.
- Mahir
dalam SKPMg2 dan menjadi sumber rujuk bagi PdPc subjek.
5. Menguruskan jadual waktu:
- Peka
dengan jadual waktu guru.
6. Pemantauan dan Pencerapan:
- Membuat
pemantauan dan pencerapan terhadap guru-guru subjek.
- Membuat
penilaian.
- Membina
intervensi untuk guru.
7. Memperkasakan staff:
- Membuat
analisis keperluan latihan guru (TNA dalam SPL KPM atau Google Form).
- Melaksanakan
latihan dan bimbingan dalam bentuk PLC.
- Menilai
program-program pembangunan guru.
- Bertindak
sebagai Coach yang meraikan bakat atau kelebihan guru dan membina ruang
untuk guru cemerlang mengikut kapasitinya.
Bertindak sebagai Mentor yang memberi bimbingan berdasarkan pengalaman
6. OBJEKTIF GURU MATA PELAJARAN
· Mempertingkatkan prestasi pencapaian mata
pelajaran.
· Memastikan prestasi mata pelajaran setiap pelajar berkualiti.
· Memastikan target mata pelajaran bagi setiap
peperiksaan tercapai.
· Menanam nilai-nilai murni di kalangan pelajar.
SENARAI TUGAS GURU MATA PELAJARAN
· Menyediakan rancangan pelajaran untuk tempoh
setahun / harian bagi mata pelajaran yang diajar dalam Buku Rekod Mengajar.
· Menjalankan proses Pengajaran dan Pembelajaran yang
efektif untuk memastikan pelajar-pelajar dapat memahami pelajaran yang diajar.
· Memeriksa buku latihan pelajar masing-masing dan
memulangkan dengan segera selepas semakan / pemeriksaan untuk tugas
selanjutnya. Pastikan pelajar membuat kerja pembetulan sebelum latihan
selanjutnya.
· Menggubal soalan peperiksaan prestasi.
· Memeriksa skrip jawapan pelajar.
· Memeriksa kerja kursus pelajar.
· Menghantar buku latihan / nota kepada Ketua Bidang
/ Ketua Panitia untuk semakan atau pemeriksaan apabila dikehendaki.
· Memastikan keselamatan pelajar semasa menjalankan
pengajaran di makmal, bengkel atau semasa membuat kerja-kerja luar bilik
darjah.
· Menggunakan alat-alat bantuan mengajar dengan sistematik dan meluas. Guru hendaklah memastikan keselamatan alat-alat bantu mengajar dan membantu Guru Pengawas Pusat Sumber dalam menjaga keselamatan dan kebersihan dan kekemasan alat-alat serta bilik sumber.
UNTUK RUJUKAN YANG LEBIH LAGI :
2.
Comments
Post a Comment