KEPIMPINAN PENGAJARAN DAN KEPIMPINAN BILIK DARJAH

MUHAMMAD HARRAZ BIN AZIZI
D20191088339

 
PENGURUSAN PEMBELAJARAN: TAJUK 4 : ORGANISASI DAN KEPIMPINAN

Definisi kepimpinan pengajaran mengikut tokoh:

  • Southworth (2002) mendefinisikan pemimpin pengajaran adalah berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran termasuklah pembelajaran profesion guru-guru dan juga perkembangan pelajar.
  • De Bevoise (1984) pula menegaskan bahawa kepimpinan pengajaran ialah segala tindakan yang dilakukan oleh seseorang pengetua atau pihak-pihak yang diamanahkan untuk menggalakkan pertumbuhan pembelajaran di kalangan murid-murid.

Definisi kepimpinan bilik darjah:

  • Hook dan Vass (2000) mendefinisikan kepimpinan bilik darjah sebagai satu kemahiran dimana guru menggunakan kepimpinan untuk mengurus dirinya sendiri dan berkomunikasi dengan yang lain, mengaitkan perkara yang berlaku sehari-hari dengan interaksi dua pihak dan menyampaikan visi kepada murid-murid serta meyakinkan mereka supaya mengikut.


Siapakah yang dimaksudkan sebagai pemimpin di dalam bilik darjah?
  •  Guru kelas atau guru subjek
  •   Murid-murid yang diberi kuasa ataupun tidak (Wilcox, 2005)


Pengertian Tugas & Tanggung Jawab Guru (Pengajar) | Informasi ...


7 ciri-ciri guru berkepimpinan yang berkesan (Shippen, 2004) iaitu:

  •  Pembelajaran sentiasa diamalkan secara berterusan untuk menambahkan ilmu     pengetahuan dan kemahiran diri.
  • Boleh membentuk dan menyampaikan visi yang jelas di dalam bilik darjah.
  • Mempunyai kebolehan memimpin dan fleksibel.
  • Menjadi teladan kepada murid-murid.
  • Bijak membuat keputusan.
  • Membuang sifat pentingkan diri sendiri.
  • Dapat membuat keputusan yang sewajarnya untuk mengelakkan perasaan tidak puas   hati dalam kalangan murid disamping membentuk kerjasama.
Tugas Dan Tanggungjawab Guru Besar Sebagai Pemimpin: Guru Besar ...

Kepimpinan dalam bilik darjah wujud apabila:

  •   Setiap kali murid mengharapkan panduan atau teladan dari seorang guru.
  •   Murid-murid mencapai sesuatu yang mereka tidak jangka dapat capai di dalam bilik darjah.
  •   Seorang guru mengangkat tangan, semua murid di dalam bilik darjah menjadi senyap.
  •   Setiap kali adanya pertumbuhan yang positif walaupun sedikit dalam diri mereka.






Comments

Popular posts from this blog

Pentadbiran Kementerian Pendidikan Di Malaysia

Nota KPS3014

NOTA PENGURUSAN PEMBELAJARAN

NOTA PENGURUSAN PEMBELAJARAN

GAYA PENGAJARAN

ORGANISASI DAN KEPIMPINAN DI SEKOLAH