CHRISTINE ANAK JILIEL D20191088739 Di sekolah, kepimpinan adalah satu aspek tingkah laku dan juga sejenis pengaruh. Seseorang pengetua yang memegang pangkat paling tinggi di peringkat sekolah memerlukan peng e tahuan serta pengalaman yang banyak dan tinggi mengenai pendidikan. Sebagai contoh , pengetahuan dalam bidang akademik, pengurusan pejabat , konsep kepimpinan , latar belakang murid dan masyarakat, masalah tingkah laku pelajar dan kakitangan dan sebagainya . Secara umumnya, kepimpinan mempunyai empat gaya yang tertentu iaitu G aya Kepimpinan A utokratik , Gaya Kepimpinan D emokratik , Gaya Kepimpinan Laissez-faire dan yang terakhir G aya Kepimpinan Kontigensi. 1.GAYA KEPIMPINAN AUTOKRATIK Gaya ini melibatkan komunikasi satu hala, mementi n gkan kedudukan, kawalan yang ketat dan kurang mempercayai orang lain. Misalnya , guru-guru di sekolah tersebut perlu mendengar dan akur arahan dari pengetua tanpa diberi peluang untuk mengemukakan pendapat se...
Comments
Post a Comment