JENIS GAYA KEPIMPINAN

CHRISTINE ANAK JILIEL
D20191088739


Di sekolah, kepimpinan adalah satu aspek tingkah laku dan juga sejenis pengaruh. Seseorang pengetua yang memegang pangkat paling tinggi di peringkat sekolah memerlukan pengetahuan serta pengalaman yang banyak dan tinggi mengenai pendidikan. Sebagai contoh , pengetahuan dalam bidang akademik, pengurusan pejabat, konsep kepimpinan, latar belakang murid dan masyarakat, masalah tingkah laku pelajar dan kakitangan dan sebagainyaSecara umumnya, kepimpinan mempunyai empat gaya yang tertentu iaitu Gaya Kepimpinan Autokratik, Gaya Kepimpinan Demokratik, Gaya Kepimpinan Laissez-faire dan yang terakhir Gaya Kepimpinan Kontigensi. 



1.GAYA KEPIMPINAN AUTOKRATIK

Gaya ini melibatkan komunikasi satu hala, mementingkan kedudukan, kawalan yang ketat dan kurang mempercayai orang lain. Misalnya , guru-guru di sekolah tersebut perlu mendengar dan akur arahan dari pengetua tanpa diberi peluang untuk mengemukakan pendapat serta pandangan . Namun gaya kepimpinan ini juga memberi kebaikan, kerana dalam pengurusan atau pentadbiran di sesebuah sekolah seorang pentadbir juga perlu menggunakan kuasa mutlak atau autokrasi dalam menggerakkan guru-guru dan staf terutamanya bagi sesetengah individu yang merasakan diri mereka selesa dan tidak mahu menerima perubahan padahal perubahan yang dibawa itu nanti membawa kepada kebaikan.

2. GAYA KEPIMPINAN DEMOKRATIK

Gaya kepimpinan demokratik adalah gaya yang paling berkesan daripada gaya kepimpinan yang lain. Gaya kepimpinan ini merupakan bentuk kepimpinan yang lebih banyak melakukan perbincangan, mengemukakan pendapat dan menerima pendapat orang lain dimana keputusan yang dibuat adalah mengikut kehendak majoriti. Apabila membuat perbincangan, pemimpin akan mengajak ahli-ahli lain untuk mendengar setiap idea dan pendapat daripada mereka. Sebagai contoh, pengetua akan berusaha memperbaiki kelemahan diri agar disenangi orang bawahan. Seseorang pengetua di sekolah juga akan lebih bersikap matang dan menjaga hubungan dengan orang di bawah pimpinannya kerana pemimpin ini mementingkan hubungan sesama ahli. Dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah, gaya kepimpinan ini sesuai digunakan kerana guru-guru di sekolah dapat memberi pendapat tentang hal yang berkaitan dengan sekolah dan mereka akan berasa diri mereka lebih dihargai kerana pendapat atau idea yang diberi diterima dan ditambahbaik oleh rakan-rakannya yang lain.

3. GAYA KEPIMPINAN LAISSEZ-FAIRE

Kepimpinan jenis ini lebih memberi kebebasan, kurang unsur-unsur kawalan dan kurang memberi pandangan. Golongan daripada kepimpinan ini juga kurang mengambil bahagian dalam pelaksanaan aktiviti. Pengetua yang mengamalkan kepimpinan laissez-faire ini, menunjukkan bahawa beliau hanya akan memberi komen terhadap aktiviti yang dilakukan oleh orang bawahan tanpa menilai dan menyusun atur. Gaya kepimpinan ini difahami sebagai satu cara mengurus atau mentadbir yang memberikan atau menjamin kebebasan kepada individu. Dalam pengurusan di sekolah cara ini boleh diamalkan tetapi tidak kepada semua guru dan staf kerana bimbang jika ada individu yang akan mengambil kesempatan ke atas kebebasan yang diberikan. Kebebasan yang diberikan bukan bermakna untuk mereka bertindak sesuka hati hingga membawa keburukan kepada organisasi 

4. GAYA KEPIMPINAN KONTIGENSI

Presthus dan Marry Parker menyatakan bahawa teori kontigensi kepimpinan adalah di mana gaya kepimpinan adalah berdasarkan situasi. Situasi berbeza ditangani dengan gaya kepimpinan yang tersendiri. Penerapan gaya kepimpinan yang bervariasi dalam menghadapi pelbagai situasi akan menjadikan kepimpinan lebih efektif. . Contoh situasi berbeza iaitu struktur organisasi, kedudukan, tempat dan waktu, kelompok kerja.

Secara kesimpulannya, bagi sesebuah struktur organisasi di sekolah kepimpinan pada peringkat sekolah dan kepimpinan guru hendaklah sentiasa dilaksanakan dengan berkesan dengan mengamalkan gaya kepimpinan yang sesuai iaitu gaya kepimpinan demokratik.Kepimpinan amat penting bagi membangunkan sesebuah organisasi. Di dalam organisasi sesebuah sekolah pengetua amat memainkan berperanan yang penting sebagai pemimpin dan setiap guru juga mempunyai peranannya masing-masing untuk menjadikan sekolah yang cermerlang.

Comments

Popular posts from this blog

Nota KPS3014

Pentadbiran Kementerian Pendidikan Di Malaysia

NOTA PENGURUSAN PEMBELAJARAN

KEPIMPINAN PENGAJARAN DAN KEPIMPINAN BILIK DARJAH

NOTA PENGURUSAN PEMBELAJARAN

GAYA PENGAJARAN

ORGANISASI DAN KEPIMPINAN DI SEKOLAH